Rabu, 06 April 2022

Rahasia Ilmu • اَللّٰهُ“TAHAPAN ILMU”Tahap-Tahap Ilmu Yang Sampai Kepada Allah*

Rahasia Ilmu • اَللّٰهُ

“TAHAPAN ILMU”

Tahap-Tahap Ilmu 
Yang Sampai Kepada Allah*

1. Ilmu Syariat


Ilmu syariat ini sejalan dengan Ilmu Sifat 20. Dengan mempelajari Ilmu Sifat 20 ini, 
sang murid tidak sewajarnya dibelenggu dengan dalil akal dan nas semata-mata. 

Ia perlu mendalami sifat 20 itu yang tertakluk dalam Salbiah, 
Nafsiah dan 
Maani 
yang hadir pada dirinya itu bahawa harus dikembalikan sebagai Amanah 
kepada Al-Haq. 

Apabila Amanah itu dikembalikan dengan ditasydiqkan di dalam hati iaitu dengan keyakinan yang putus tanpa syak dan waham; 
La haiyun, 
La qadirun, 
La muridun, 
La ‘alimun, 
La sami’un, 
La basirun, 
La mutakalimun, 
akan tersingkaplah kepada sang murid dengan keperolehan ‘rasa’. 

‘Rasa’ iniah yang akan menyingkap ‘Rahsia Allah’ yakni Wahdaniyyah. 
Seperti contohnya 
apabila dipulangkan 
di antara salah satu 
sifat Nafsiah 
“bersalahan Allah Ta’ala 
dari segala yang baharu,” maka 
pada ketika itu luputlah sifat-sifat Allah 
yang sebelumnya ada dikatakan kepada hamba, melainkan 
Allah jua yang mempunyai Sifat, 
hamba yang tinggal kini sebagai sandaran tempat mengEsakannya. 

Tatkala itu 

Allah itu hidup 
dengan sifat hayatNya, 

berkata-kata 
dengan KalamNya, 

mendengar 
dengan pendengaranNya, 

mengetahui 
dengan IlmuNya, 

berkehendak 
dengan kehendakNya, 

berbuat 
dengan perbuatanNya, 

melihat 
dengan penglihatanNya. 

Apabila si hamba luput 
zahir dan batin, 
tatkala itu tiada yang tahu, kerana keputusan ilmu adalah 
tidak mengetahui, 
maka 
Sifat sebenarnya 
tidak bercerai dengan Zat, walaupun 
dalam pandangan ilmu tampak bercerai, 

Sifat dan Zat 
adalah satu jua; 

Allah hidup dengan ZatNya, Allah 
berkata-kata dengan ZatNya, mengetahui dengan ZatNya, berkuasa dengan ZatNya, mendengar dengan ZatNya, melihat dengan ZatNya, berkehendak dengan ZatNya. 

Akhir tahapan makrifat itu; Yang Mengenal 
adalah Yang Dikenal jua.

Salbiah |
1 sifat | 
Wujud

Nafsiah | 
5 sifat | 
Qidam, 
Baqa, 
Mukhalafatuhu lilhawadis, Qiyamuhu binafsih, Wahdaniah

Maani | 
7 sifat | 
Qudrat, 
Iradat, 
Ilmu, 
Hayat, 
Sama’, 
Basar, 
Kalam

Maanawiyyah | 
7 sifat | 
kaunuhu qadiran, 
kaunuhu muridan, 
kaunuhu ‘aliman, 
kaunuhu sami’an, 
kaunuhu basiran, 
kaunuhu mutakaliman


2. Ilmu Thariqah

Thariqah 
arti dasarnya ialah perjalanan mencari Allah. 

Perjalanan itu ada di dalam zikir yang ditalqinkan 
serta latihan-latihan suluk. 

Jauh atau singkatnya perjalanan tergantung kepada pengalaman kerohanian seseorang itu. 

Ada yang berjaya sampai kepada matlamatnya. 
Ada pula yang tidak mendapatkan apa-apa hasilnya selain penat-lelah. 

Ada pula yang tertinggal separuh jalan, gagal, kecewa atau putus-asa. 

Ada yang masih meneruskan perjalanan walaupun jasadnya sudah pun terkubur di bumi. 

Ada pula yang thariqahnya bersambung-sambung dengan thariqah-thariqah lainnya untuk sampai kepada matlamatnya.


3. Ilmu Haqiqat

Haqiqat berdasarkan kepada Al-Haq. 

Adapun difinisi Al Haq dalam ilmu haqiqat 
(lihat tasawuf) bukanlah bersandarkan semata-mata kepada Tuhan. 

Apa yang dimaksudkan 
Al Haq ialah 
hubungan atau rangkaian milik bersama antara Tuhan dan hamba. 

Contohnya seperti 
Surah Al Fateha 
yang mengandungi 7 ayat. 

Tiga ayat yang teratas adalah khusus bagi Allah, 

manakala 4 ayat ke bawah khas bagi hamba. 

Maka solat juga pada pengertian orang haqiqat ialah 

‘tempat pertemuan antara Tuhan dan hamba’, 

dan bukanlah solat itu 
suatu sembahan atau puja-pujian kepada Allah semata-mata.

Justeru itu, 
Ilmu Haqiqat adalah 
terkait dengan 
Ilmu Mengenal Diri. 

Tanpa diri manusia, 
maka 
Ilmu Haqiqat ini tidak akan wujud. 

Menurut kata 
Syekh Sufi Ahmad al Alawi, “orang yang mengenal diri itu adalah lebih dalam makrifatnya daripada orang yang mengenal Allah.” 

Ada pendapat yang mengatakan bahwa 
Ilmu Haqiqat didapati langsung daripada Allah, disebut juga sebagai 
Ilmu Laduni 
dengan tanpa usaha. 

Namun demikian 
ada juga Ilmu Haqiqat ini yang dibimbing oleh guru-guru mursyid 
yang terkenal seperti Hamzah Fansuri dengan doktrinnya Wujudiyyah, 
Ibnu Arabi dengan doktrinnya Wahdat al Wujud. 

Dan yang paling sistematis sekali ialah 
Fadullah Burhanpuri, seorang ulama Sufi dari India yang telah menyusun kitab Maratib al Sab’ah (Martabat Tujuh), 
kemudian kitab tersebut telah dikirimkan pengarangnya sendiri kepada Syekh Shamsuddin al Sumaterani 
semasa memegang tampuk kerajaan Aceh sebagai menteri, 
kemudian kitab yang berisi ajaran Martabat Tujuh ini telah disusun pula oleh Syekh Shamsuddin al Sumaterani 
ke dalam kitabnya berjudul Jauhar al Haqaiq 
tanpa mengubah sebarang dasar. 

Begitupun kepada 
Abdul Karim al Jili 
yang telah menyusun 
Ilmu Haqiqat atau 
Ilmu Mengenal Diri 
di dalam kitabnya berjudul Insan Kamil Fi Ma’rifah 
al Awahir wa al Awa’il. 

Menurut Syekh Abdrl Karim al Jili, 

Ilmu Mengenal Diri 
atau disebut 
Ilmu Haqiqat 
adalah termaktub dalam dzauk dan mukasyafah 
yang melepasi teori, ijtihad atau apa pun jua wacana intelektual.


4. Ilmu Misykat

Misykat 
artinya relung dalam bahasa Melayu. 

Misykat ada disebutkan 
di dalam al Qur’an 
Surah an Nur: 35. 

Saya teringat pesanan kata seorang guru Sufi, 
“Jika kau mencari Misykat ini di dalam seluruh jilid kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Ghazali, 
kau tidak akan menemuinya, kerana ilmu ini diperturunkan daripada 
hati ke hati, dan bukan dari tulisan ke tulisan.” 

Dalam kisah lagenda, 
ketika Sunan Kalijaga datang menemui Sunan Bonang, 
ia hanya meminta 
satu pelajaran sahaja 
untuk diajarkan 
iaitu tentang 
‘Rahasia Noktah’. 

Rahsia Noktah 
yang disebutkan oleh 
Ibnu Arabi 
ialah Misykat Khatamul Rasul, 
kerana inilah yang merupakan makrifatnya sekalian para Nabi dan Rasul yang hanya diketahui oleh para Wali Allah 
yang khusus dan tinggi martabatnya. 

Ilmu Misykat ini tidak diajarkan sembarangan dan sukar didapati kerana bilangan orang yang mempunyai ilmu makrifat jenis ini terlalu sedikit bilangannya di dunia ini. 

Kata sesetengah pendapat mengatakan Ilmu Misykat ini dikuasai oleh Nabi Khidir AS yang merupakan maha guru kerohanian. 

Makrifatnya Ilmu Misykat ini sebagaimana yang diungkapkan, 
ketika hamba bermikraj ke atas, 
Tuhan turun ke bawah, 
lalu keduanya bertemu dalam satu titik pandangan, “Syuhud al katsrah fi al wahdah, 
syuhud al wahdah fi al katsrah, 
syuhud al wahdah fi al wahdah” 
(Pandang Yang Satu nampak yang ramai, pandang yang ramai, nampak Yang Satu, 
pandang Yang Satu dalam Yang Satu). 

Dan…
”Aku tidak melihat sesuatu melainkan aku melihat Allah di dalamnya.” 

Syekh Ahmad Sirhindi mengungkapkan, 
“apabila aku memandang Dia, maka aku tidak lagi terlihat yang lain.” 

Makrifat ‘Misykat’ ini 
tidak ada nafi dan istbat, kerana apa yang istbat tetap istbat, 
tak ada apa yang perlu dinafikan. 

Tidak ada meleburkan diri atau fana. 

Ahli makrifat ini hidup bersama Allah 
walaupun tubuh mereka bergaul dengan manusia ramai.

Bagi yg meminati perjalanan ilmu tasawuf makrifat, 
kalau tak baca buku ini “Sirrul Asrar”, 
sebuah karya monumental Sultan Auliya Syekh Abdul Qadir al-Jailani 
bagaikan belum sah lagi bersuci dgn air wudhu ketuhanan yg mutlak lagi menyucikan. 

Lebih dari 30 tahun 
saya menelaah buku ini. Setiap kali membacanya ada saja penemuan2 yg baru. 

Perkara yg paling pokok 
di dalam buku ini ialah 
harus mengenal hakikat diri kita yg sejati iaitu 
Tiflul Maani – 
ada di dalam jasad kita 
yg paling terdalam 
bagaikan bayi yg dilahirkan tanpa dosa, 
suci nan murni. 

Di situlah asal-usul kita sebelum dilahirkan 
ke alam nyata dan di situlah perjalanan kita bermula dan harus kembali. 

Tiflul Maani ini sentiasa dijaga oleh Allah 
di alam Lahut. 

Tiada seorang malaikat pun yg dibenarkan masuk ke alam Lahut ini kerna boleh terbakar oleh cahaya keagungan Ilahi. 
Oleh kerna setelah kita berada di alam dunia ini, 
kita terlupa bagaimana untuk balik semula 
ke alam Lahut itu dan menemukan 
Manikam Tiflul Maani itu kecuali orang2 yg membersihkan Hatinya dan membersihkan Rasanya. 

Jadi menurut 
Syekh Abdul Qadir al-Jailani, selagi belum menemukan Tiflul Maani itu belum lagi Arif billah. 

Tiflul Maani juga dinamakan Ruh Al-Qudsi 
iaitu rahsia dalam hakikat Ruh Sultani di alam Jabarut. 

Dan Ruh Sultani 
adalah rahsia dalam hakikat Ruh Ruhani (Nurani) 
di alam Malakut. 

Dan Ruh Ruhani 
adalah pula rahsia bagi hakikat Ruh Jasmani 
yg disebutkan sebagai istilah ‘nyawa’ di alam Nasut.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar